PENENTANGAN ACHEH DAN PERANG TIGA SEGI
Apabila Acheh diserang oleh Portugis pada Mei 1521 maka Acheh juga telah menjalankan siri serangan ke atas Portugis di Melaka dan Johor dan disinilah bikatakan permulanya perang tiga segi telah berlaku antara Portugis-Johor-Acheh. Namun, ada pendapat mengatakan bahawa Acheh menyerang Portugis adalah untuk membebaskan negeri Islam dari orang-orang Kafir seperti yang dinyatakan oleh Lee Kam Heng "Perbalahan antara orang-orang Acheh dengan orang Portugis itu hampir-hampir merupakan peperangan agama" antara siri serangan Acheh ialah;
1537 dan 1547 - Sultan Alauddin al-Qahhar telah menyerang Portugis di Melaka tetapi gagal
1539 - perang antara Johor dan Acheh berlaku apabila Acheh mengalahkan Aru dan Aru mendapatkan bantuan Johor.
1564 - Sultan Alauddin telah bersahabat dengan Turki den mendapat bantuan 500 meriam untuk menyerang Portugis tetapi gagal kerana masa ini Johor dan Portugis bersahabat baik.
Okt 1573 - Sultan Ali Riayat Shah iaitu anak Sultan Alauddin al-Qahhar yang mangkat pada 1571 telah menyerang Portugis tetapi gagal.
1578 - Sultan Acheh menyerang Portugis
1587 - Acheh sekali lagi datang tetapi masih gagal menewaskan Portugis di Melaka.
Pada tahun 1607 Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menjadi Sultan Acheh dan telah melancarkan serangan ke atas Portugis pada Nov 1628 dengan kekuatan 236 kapal dan 20000 askar dan masa itu angkatan Portugis di bawah Diego Lopez De Francesca. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam hampir nebguasai apabila ia mengepung kota Melaka selama lima bulan tetapi pada Mac 1629 Acheh terpaksa berundur setelah diserang oleh Pahang yang membantu Portugis di bawah pimpinan Raja Bujang (Sultan Abdul Jalil ShahIII) iaitu Sultan Johor-Pahang pada masa itu. Sejak itu Acheh tidak lagi meneyrang Portugis di Melaka keran selepas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Ia telah diganti oleh Sultan Muda Thani yang tidak berminat melancarkan siri serangan dan lebih menumpukan hal-hal pentadbiran negerinya sahaja dan selepas itu pula ialah Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah telah menggantikan suaminya Sultan Muda Thani pada tahun 1636, Sultanah merupakan seorang perempuan.
No comments:
Post a Comment