"Melaka ialah sebuah pelabuhan yang terkaya sekali dengan ramainya pedagang-pedagang yang berjualbeli
secara borong dan banyaknya perkhidmatan perkapalan yang datang dari seluruh dunia, " begitulah pandangan pengarang Portugis mengenai Melaka. Sebagai pusat perdagangan dan negeri terkaya maka banyaklah kuasa cuba mendapatkan Melaka untuk memperolehi kekayaan tersebut.Negeri Melaka amatlah strategik kerana terletak di antara perjalanan timur dan barat yang melalui selat Melaka.
Kedatangan Portugis ke Melaka walaupun pada asalnya adalah untuk berdagang tetapi matlamat di sebalik kedatangan mereka adalah untuk menakluki Melaka seperti yang mereka lakukan untuk campurtangan di atas sesebuah negeri. Penaklukan mereka juga adalah beradsarkan ekonomi kerana tujuan mereka ialah untuk menggunakan perlabuhan itu sebagai pengkalan untuk mengawal kuasa perdagangan. Mereka telah menakluki Melaka dan mendudukinya selama 130 tahun iaitu dari tahun 1511 sehingga 1641.Ketika menjajah Melaka ,terdapat beberapa tentangan dari orang-orang melayu yang cuba mendapatkan kembali negeri Melaka dari jajahan Portugis, "Negeri Melaka telah diperintah oleh orang Portugis selama 130 tahun tetapi di dalam pemerintahannya peperangan tiadalah berhenti diantara melaka dengan pemerintahan gagasan pulau-pulau melayu. " selain kesultanan Melaka ,orang melayu Johor dan Pahang, Acheh juga berminat untuk mendapatkan Melaka dan memerangi Portugis di Melaka termasuklah Belanda yang mendapatkan bantuan

dari Johor.

No comments:
Post a Comment