Kedatangan dan serangan Portugis ke Melaka






Semasa Sultan Mahmud Shah memrintah melaka iaitu 1488-1511 dan sultan dibantu oleh Bendahara Seri Maharaja (Tun Mutahir).Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September 1509 dengan lima buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez De Sequeira. Setelah berlabuh di perairan Melaka ,Sequeira telah menyuruh seorang pegawainya, Texeira menyampaikan hadiah dari Raja Portugal ,King Emannual."maka kapten kapal itupun persembah pada Bendahara Seri Maharaja rantai emas berpermata seutas ,ia sendiri memasukkan pada leher Bendahara Seri Maharaja .dikatakan Portugis hendak menjalankan perniagaan di Melaka,tetapi saudagar gujerat yang mengetahui perihal Portugis di India telah menghasut bendahara agar menangkap orang-orang Portugis .Seramai 18 orang portugis telah di tangkap termasuklah Ruy De Aranjo kecuali Diego Lopez De Sequeira. Pada tahun 1510,telah terjadi perselisihan faham antara Sultan Mahmud Shah dengan Bendahara Seri Maharaja apabila bendahara mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali tanpa menunjukkannya kepada sultan .Perbuatan bendahara ini telah menyebabkan sultan berdendam dengan bendahara dan dendam ini semakin membara apabila Raja Mudeliar dan Kitul memberi rasuah kepada Laksamana Khoja Hassan dan menfitnah bendahara hendak merampas takhta kerajaan Melaka dari Sultan Mahmud Shah.Bendahara Seri Maharaja dan keluarganya telah dihukum bunuh kecuali Tun Fatimah dan Tun Hamzah(masih kecil).Kematian Bendahara Tun Mutahir merupakan faktor kelemahan melaka kerana beliau merupakan tulang belakang melaka pada masa itu. Ini dapat dibuktikan berdasarkan Sejarah Melayu yang menyebutkan tentang " pada bicara kita, Tiada akan alah Melaka jikalau ada lagi Bendahara Seri Maharaja berapapun besar angkatan menyerang Melaka tiada akan alah " Penangkapan 18 orang Portugis oleh bendahara meyebabkan Raja Portugal telah membantu Diego Mendez De Vanconcelos ke Melaka untuk membebaskan orang-orang Portugis yang di tangkap itu.Vanconcelos telah singgah di Goa yang pada ketika itu wizurainya ialah Alfonso De Albuquerque.Alfonso menahan Vanconcelos untuk menyerang melaka kerana angkatan perangnya yang sedikit dan tidak kuat untuk menawan Melaka.oleh itu ,Alfonso sendiri telah bertolak dari India (Kocin) dengan kapal Flor De La Mar dan 18 buah kapal yang lain,800 orang Portugis dan 600 orang India pada Mei 1510. Alfonso sampai pada Mei 1510.Alfonso singgah di Pidir(Pidie) kemudian ke Pasai sebelum ke Melaka . Beliau tiba di Melaka pada Julai 1511 dan menghantar utusan meminta sultan Melaka membebaskan orang Portugis dan membayar gantirugi kepada orang Portugis dengan menggunakan harta pusaka Bendahara Tun Mutahir. Orang Portugis telah membakar semua kapal yang berlabuh di pelabuhan Melaka kecuali kapal orang India dan lima buah kapal orang Cina kerana Cina menawarkan bantuan untuk membantu Portugis menawan Melaka. Peperangan berlaku dan Melaka pada masa itu dikatakan mempunyai 20 000 askar upahan dan 20 ekor Gajah.

No comments:

Post a Comment